Belum Masanya Untuk Bertudung – Lisa Surihani

25 Jun

Ditulis oleh Nonie
  
  

Manis dan sopan sekali Lisa Surihani mengenakan tudung pada penampilan terbarunya. Adakah sudah terbuka hati untuk Lisa menunaikan tanggungjawab yang pastinya wajib untuk dilaksanakan? Namun bagi empunya diri, itu hanyalah sekadar watak yang dipegang dalam drama terbaru Astro Prima, Tudung Ekspres.

“Persoalan adakah saya akan bertudung atau bilakah saya akan bertudung adalah terlalu personal untuk dijawap. Biarlah saya yang menentukan apa jua yang ingin dilakukan. Kalau boleh saya mahu ianya berlaku secara natural tanpa paksaan. Tapi jujurnya, setakat ini saya belum rasa ingin ke arah itu.

“Tak guna juga bila pakai tudung kerana terpaksa dan hati kita tak ikhlas dengan perubahan itu. Pastinya perubahan itu tak akan kekal lama.

“Tapi untuk bawakan watak sebegini, rasanya tak ada masalah kerana tak ada yang luar biasa mengenainya. Setiap kali ada majlis yang memerlukan saya bertudung, saya akan hormati majlis demikian dan menutup aurat. Bertudung dalam membawakan watak bukanlah cabaran yang besar kerana satu-satunya cabaran yang harus diatasi adalah untuk memikat hati penonton,” ujar Lisa yang juga duta produk Garnier yang baru.

Wajahnya kini sering muncul di dada akhbar, drama dan filem. Rezekinya semakin melimpah ruah, namun tidakkah bimbang jika penonton mula lali melihat wajahnya sehingga hilang minat untuk menonton wajah yang sama berulang kali.

“Bosan atau tidak bergantung kepada rezeki. Saya memang memilih watak yang diberikan dan kemunculan saya adalah selepas memilih skrip yang terbaik untuk dilakonkan. Kalau orang tak mahu lihat saya lagi, saya hanya mampu serahkan kepada Allah soal rezeki. Buat masa sekarang saya hanya mampu buat yang terbaik dan lihat ke hadapan,” tambah Lisa merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

FOTO oleh AZMAN MOHAMED ASMAYATIM

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: