Pilih Kasih: Rosyam Kecewakan Peminat

17 Aug

Ditulis oleh Rosli Manah
  
Isnin, 17 Ogos 2009 10:47   

Program realiti Pilih Kasih sudah menemui juara sulungnya, Iqbal Mazlan. Sesuai dengan nama  programnya Pilih Kasih, juara benar-benar mengikut selera pilih kasih Rosyam Nor. Rosyam mengangkat peserta yang paling tidak digemari oleh pengudi sebagai juara.

Ke manakah juara yang tak popular ini akan Rosyam bawa? Berjayakah Rosyam mengangkat juara tak popular ini  menjadi pelakon yang digemari suatu hari nanti? Iqbal secara perbandingan dengan peserta lain boleh dianggap peserta yang tak digemari kerana mendapat tempat tercotot undian penonton.

Sememangnya pilihan Rosyam menghampakan pengundi kerana peserta yang mendapat undi tertinggi, Reza Hasbi hanya menduduki tempat kedua kerana tidak mendapat markah yang baik daripada Rosyam.

Sememangnya itulah format Pilih Kasih yang hanya memberi kuasa separuh sahaja kepada pengundi dan separuh lagi di tangan Rosyam. Kalau Rosyam suka, mereka akan dapat markah banyak dan boleh menjadi juara walaupun undian daripada pengundi tidak memihak kepada mereka.

Inilah yang berlaku kepada Iqbal yang menduduki tangga tercorot yang kurang daripada 1 peratus tetapi apabila diambil kira markah Rosyam, dia berjaya memintas Reza yang mendapat lebih 50 peratus undian penoton berbanding peserta lain. Nampaknya pilihan pengundi tidak menyamai apa yang Rosyam suka.

Rosyam khilaf?

Ada yang berpendapat Rosyam membuat kesilapan apabila mengangkat peserta yang tak popular. Apatah lagi Iqbal juga bukanlah pelakon terbaik pada pentas akhir kerana pemarkahan juri profesional memilih Sofian Bujang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pentas akhir.

Pada majlis memperkenalkan peserta akhir Pilih Kasih minggu lalu, Rosyam ada berkata, projek filem Kekasih yang dirancangkan tidak akan dimulakan dalam masa terdekat kerana dia bimbang pelakon yang dibawa daripada peserta Pilih Kasih belum mampu menarik penonton ke pawagam. Mereka belum cukup tahap populariti.

Itu bermakna Rosyam mengakui pentingnya populariti dalam menarik penonton ke pawagam. Tapi dalam membuat pilihan juara, Rosyam tidak membawa kepercayaan itu.

Nama yang popular juga menjadi pilihan media kerana sama seperti sesebuah filem, majalah atau akhbar mahu menghidangkan apa yang dimahukan oleh pembaca. Pembaca pasti mahu mengetahui kisah orang popular sahaja.

Sebab itu bintang popular sering mendapat peluang dan publisiti meluas berbanding pelakon yang kurang popular. Nampaknya Rosyam dan teamnya kena bekerja keras mempromosikan Iqbal agar lebih diminati oleh peminat. Mungkinkah kejuaraannya boleh meningkatkan populariti?

Reza mungkin lebih mudah dipromosikan kerana sepanjang program itu berjalan, dia sudah berjaya menarik perhatian pengundi dan sering mendapat undian tertinggi sehingga ke pentas.

Rosyam mungkin ada sebab tersendiri mengapa memilih Iqbal sebagai juara. Mungkin dia nampak sesuatu yang peminat tidak nampak dalam diri pelakon yang pernah gagal dalam percubaan menjadi penyanyi melalui Akademi Fantasia musim kelima lalu.

Lahirkan bintang pelapis

Di sebalik kritikan itu, program Pilih Kasih juga patut diberi pujian kerana menyediakan tapak untuk melahirkan bintang baru. Banyak bakat baru yang mempunyai minat namun tidak tahu bagaimanakah caranya.

Melalui program sedemikian mereka boleh menonjolkan bakat untuk dipandang oleh penerbit atau pengarah filem dan drama. Sememangnya itulah hasrat Rosyam apabila tercetus idea menerbitkan Pilih Kasih.

Rosyam tidak mahu asyik menampilkan wajah yang sama sahaja. Apatah lagi industri lakonan memerlukan wajah baru dengan keperluan watak-watak remaja dalam drama dan filem. Pelakon sedia ada semakin melepasi tahap usia remaja.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: