Astro Mula Mencari Anak Wayang

1 Apr

Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunoz

KUALA LUMPUR, 25 MAC 2009:  Program realiti TV yang bertujuan mencari bakat baru dalam dunia lakonan, Anak Wayang bakal mewarnai dunia hiburan dan melahirkan bintang-bintang baru dalam bidang seni tanah air.

Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran sejurus selepas Akademi Fantasia ke-7 (AF7) tamat iaitu pada 22 Mei 2009. Konsep pertandingan yang didukung oleh 2 saluran Melayu popular iaitu Astro Ria dan Astro Prima. Program ini akan dihoskan oleh pelakon popular Rusdi Ramli dan Nur Fazura. 
 

Ia bakal memperlihatkan para peserta bersaing di Astro Ria untuk memegang salah satu watak yang terdiri daripada jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha. Mereka yang layak untuk watak masing-masing akan berlakon dalam drama bersiri 50 episod berjudul Kecuali Cintamu yang akan ditayangkan di Astro Prima.

“Seramai 25 peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap peserta akan bersaing sesama mereka secara berkumpulan untuk merebut watak-watak berkenaan. Panel juri yang ditetapkan akan menilai prestasi mereka dan memilih hanya 2 peserta untuk mara ke hadapan.

“Nasib 2 peserta ini akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Bagi mengetahui keputusan undian SMS, penonton perlu menyaksikan drama di Astro Prima pada setiap minggu.

“Anak Wayang juga berkonsepkan sebuah program realiti TV dan sebuah drama bersiri yang berlangsung serentak. Program Realiti ditayangkan di Astro Ria manakala drama bersiri disiarkan di Astro Prima. Ia akan berlangsung selama 10 minggu,” kata Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Encik Zainir Aminullah, ketika bercakap pada sidang media di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Sentul, kelmarin.

Bagi mencari 25 bakat untuk bertanding, ujibakat bakal diadakan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru pada 4 & 5 April 2009, Bayview Hotel, Pinang (11 & 12 April 2009) dan Shah Alam City Centre, Shah Alam (18 & 19 April 2009).

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur di antara 18 – 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama mahupun pengurusan artis. Mereka yang berminat hanya perlu datang uji bakat dengan membawa salinan kad pengenalan serta 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

Kesemua sesi uji bakat pada tarikh berkenaan akan bermula jam 9 pagi hingga 1 petang. Jangan lepaskan peluang.

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: