Beg Pelbagai Guna

25 Mar

Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my

SESUAI dengan peranan wanita yang sentiasa pelbagai, jenama beg tangan dan kasut terkemuka, Tod’s memperkenalkan koleksi beg tangan terbaru dilengkapi aneka fungsi. Koleksi musim Luruh/Panas 2009 menampilkan gaya chic dan kontemporari dengan warna terang benderang yang menjadikan ia lebih unik.

Beg Tod’s G sempurna untuk semua acara, dengan ruang yang lebih besar, arnggi dan versatil bersama butiran pelana dan jahitan tangan yang menggambarkan kesenian pertukangan diwarisi jenama dari Itali ini.

Rekaan itu dikatakan sebagai ‘ibu’ beg yang diperbuat daripada kulit anak lembu yang lembut serta berkualiti tinggi. Milikinya dalam pelbagai warna semula jadi seperti ungu anggur sehinggalah warna terang seperti magenta, biru dan kuning.

Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam, The Melium Group, Ferhat Nazri Aziz, berkata beg berkenaan juga dikenali sebagai beg aktres terkenal, Gwyneth Paltrow yang menggambarkan imej wanita anggun.

“Beg ini juga digunakan pada kempen pengiklanan yang memaparkannya bersama aktres ini,” katanya.

Katanya, selain imej wanita anggun, koleksi Pashmy sesuai untuk mereka yang lasak dan sentiasa sibuk. Pashmy juga adalah simbol gaya moden mewah yang dianggap unik oleh Tod’s.

“Mempunyai banyak zip pada bahagian depan beg bagi pelbagai fungsi, ia kelihatan menarik dan mesti dimiliki. Diperbuat daripada bahan fabrik yang banyak digunakan untuk aktiviti selam skuba, ia kalis air dan cukup menarik dengan warna terang seperti merah jambu, ungu, putih bersih,” katanya.

Pashmy juga memperkenalkan koleksi terbarunya, Tod’s Mummy Bag iaitu beg untuk ibu yang bergaya dan pelbagai fungsi. Ia mempunyai ruang meletakkan barangan keperluan diri dan bayi, tetapi cukup menarik dengan warna terang. Diperbuat daripada kanvas, ia kalis air dan boleh didapati dalam warna terang seperti merah hati, biru kehijauan dan hitam. Koleksi itu juga bagi meraikan selebriti yang bergelar ibu seperti Nicole Kidman dan Jessica Alba.

Musim ini, Tod’s memperkenalkan koleksi kasut yang diperkemas dengan jahitan tangan dan pelapik untuk tumit tinggi yang selesa. Paling menarik, kasut Mary Jane penari ballet dan sandal agar-agar yang ringan.

Kasut dalam pelbagai bentuk dan warna itu dikeluarkan dengan falsafah menggunakan kulit halus dan warna metalik. Bermula daripada kasut bertapak rata sehingga kasut baji, tumit tinggi sehinggalah kasut berjahit pelana, bertali dan dilengkapi kancing.

“Terdapat juga koleksi bagi untuk lelaki yang bersaiz besar sesuai untuk dibawa mengembara. Beg Yacht diperbuat daripada kulit lembut yang lembut diperkemas dengan kilauan sutera, menjadikan ia lembut dan ringan untuk dibawa,” katanya.

Reka bentuknya sangat ringkas agar mudah digunakan dengan berkesan. Bagi menambah gaya, ia dilengkapi poket daripada PVC dengan ruang kalis air untuk menyimpan pakaian atau kain lembap, losyen atau hanya untuk meletakkan kunci rumah,” katanya.

Koleksi Yacht tiada batasan masa yang menggambarkan gaya klasik Tod’s. Sempurna untuk semua acara sama ada untuk digayakan ketika bekerja atau ketika bersantai, ia didatangkan dengan kalis air, pemegang beg telus dengan butiran daripada kulit menjadikan ia sesuai digayakan ketika berehat di tepi pantai, atas bot mahupun ketika berada di dalam kapal terbang. Lampu suluh kecil yang dilengkapkan di dalamnya, menjadikan beg berkenaan lebih menarik.

Lelaki juga tampil bergaya dengan aneka pilihan kasut dengan warna terang ceria. Ia diperbuat dengan teknik seni kraf tangan tradisional oleh tukang kasut mahir sejak beberapa abad. Ia meraikan antara gaya ikon Tod’s yang dihargai sejak beberapa dekad lalu oleh pelanggannya di seluruh dunia.

Tod’s turut memperkenalkan koleksi kasut untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Koleksi Junior. Terdapat pelbagai bentuk untuk lelaki dan perempuan, kasut comel ini didatangkan dalam bentuk kasut sarung bertali pada bahagian belakang, kasut sarung, kasut ballerina dan sandal bertali untuk perempuan. Kasut untuk lelaki pula berbentuk kasut sukan bertali dengan warna semula jadi seperti coklat, krim, putih dan hitam.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: