Rawatan Hentikan Peluh Ketiak Diperkenal

10 Mar

LONDON: Pakar bedah kosmetik kini menawarkan pembedahan selama 60 minit untuk menghentikan peluh keterlaluan pada ketiak selama-lamanya, cuma pada harga ΰ3,500 (RM18,064).

Perkhidmatan Menghapuskan Peluh Laser, yang dilancarkan semalam, menjanjikan pengakhiran kepada masalah memalukan – diketahui sebagai axillary hyperhidrosis – yang menjejaskan tiga juta penduduk Britain.

Ia diperkenalkan pakar bedah, Mark Whiteley, memulakan pembedahan membuang urat bengkak 10 tahun lalu.

Prosedur terbarunya membabitkan suntikan bius pada ketiak, diikuti laser yang memusnahkan kelenjar peluh secara kekal sebelum tisu yang dirawat dibuang menggunakan kaedah sedutan.

Sejak beberapa tahun ini, selebriti seperti Madonna, melakukan suntikan Botox pada ketiak sebagai penyelesaian sementara kepada masalah peluh berlebihan.

Dr Whiteley, yang menawarkan rawatan itu di kliniknya di Guildford, Surrey, berkata: “Semua orang berpeluh untuk menghilangkan kepanasan dan kita berpeluh di seluruh tubuh. Bagaimanapun, sesetengah orang berpeluh di bahagian tertentu lebih daripada orang lain. Ketiak membentuk satu peratus daripada bahagian permukaan tubuh tetapi peluh keterlaluan di bahagian itu mencetuskan keaiban dan boleh merosakkan pakaian.

“Menghentikan peluh dari bahagian itu mengalihkan aliran peluh ke 99 peratus bahagian lain tubuh. Oleh itu, kadar keseluruhan peluh yang keluar dari tubuh tidak berubah tetapi malu disebabkan peluh keterlaluan pada ketiak dapat dirawat.”

Katanya, dalam masa sejam selepas dibius, rawatan laser antipeluh baru boleh mengubah kehidupan sesetengah orang, membolehkan mereka menghentikan peluh pada ketika dengan kadar segera. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: