Uji Bakat Jadi Pelakon

31 Jan

Rap
PROGRAM Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang berlangsung hari ini dan esok (31 Januari dan 1 Februari), jam 9 pagi hingga 5 petang di Kompleks Finas, Hulu Klang, menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas, Mohd Fazli Abd Aziz berkata, hari terbuka itu diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih dekat peranan Finas dalam agenda pembangunan industri filem Malaysia.

“Ia juga adalah kesinambungan Program Merakyatkan Filem yang dijalankan Finas sejak dua tahun lalu. Program ini juga diharapkan dapat mengukuhkan hubungan Finas dengan industri serta orang ramai,” katanya.

Antara aktiviti Hari Terbuka Finas, pameran dan jualan produk perfileman, tayangan filem, sesi uji bakat lakonan, sesi bersama artis dan taklimat kerjaya perfileman. Pengunjung juga dibawa melawat peralatan dan kemudahan perfileman yang terdapat di Finaspost, pusat pasca produksi.

Orang ramai juga berpeluang melihat dan mencuba sendiri peralatan perfileman seperti kamera, kemudahan memasukkan suara (dubbing) serta mencuba bakat lakonan dengan bimbingan pengarah tersohor antaranya Ahmad Idham dan Pierre Andre. Ia dimantapkan dengan tunjuk ajar pelakon Elie Suriaty, Vanida Imran, Nanu Baharudin dan Fauziah Ahmad Daud.

“Peserta sesi lakonan yang terpilih juga akan ditawarkan mengikuti Bengkel Lakonan Finas dan disenaraikan sebagai Bakat Baru di portal Sinema Malaysia.

“Sesi uji bakat ini peluang keemasan kepada mereka yang berbakat dan minat secara serius dalam dunia lakonan. Finas turut mengundang beberapa produser yang aktif untuk bersama menilai sesi peserta uji bakat itu.

“Malah lebih penting peserta lakonan yang berjaya di senarai pendek akan berpeluang berlakon dalam filem kenegaraan terbitan Finas.

“Warganegara Malaysia tanpa had umur digalakkan menyertai uji bakat itu. Peserta dikehendaki melakonkan senario disediakan Finas menggunakan dialog atau skrip sendiri.

“Turut diadakan taklimat dan pameran kerjaya perfileman yang dikendalikan persatuan perfileman. Gafim (Gabungan Karyawan Filem Malaysia) dan Persatuan Pengeluar Filem (PFM) membuka gerai yang dimeriahkan dengan aktiviti bersama artis dan jualan produk.

“Persatuan terbabit juga memberi penerangan potensi kerjaya dalam lapangan masing-masing kepada golongan sasaran terdiri daripada pelajar perfileman,” katanya.

Kata Fazli, pameran jentera motor filem Evolusi KL Drift 2 termasuk sebuah Lamborgini turut diadakan bagi mempromosikan filem arahan sutradara, Shamsul Yusof.

Menambah meriah Hari Terbuka Finas, sesi Bersama Artis yang membariskan pelakon seperti Dafi, Jehan Miskin, Liana Jasmay, Riezman Khuzairi, Irma Hashime, Aron Aziz, Farid Kamil dan Kenchana Dewi. Peminat boleh bergambar dan beramah mesra dengan mereka.

Filem Histeria, Los and Faun dan Cicak Man – Planet Hitam serta tiga dokumentari terbitan Finas (Making The Cut, Pipe Dreams dan The Woodsmiths’) juga ditayangkan secara percuma di Pawagam Mini P Ramlee.

Finas juga akan mengadakan program menandatangani perjanjian kerjasama penerbitan dengan Histrory Channel bagi menggalakkan pertukaran kepakaran penghasilan dokumentari bertaraf dunia.

Majlis dijangka dihadiri Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini, jam 3 petang di Studio Sound Stage Finas.

Acara kemuncak Hari Terbuka Finas ialah perasmian Studio Digital Mix Stage, pusat adunan bunyi bernilai RM53 juta yang dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 8 malam esok.

Studio yang mendapat pengiktirafan Dolby adalah mercu tanda kemajuan industri.

“Finas berharap orang ramai dan penggiat industri khususnya dapat meluangkan masa mengikuti aktiviti yang dirancang sempena Hari Terbuka Finas.

” Bagi memberi ruang kepada orang ramai dan warga filem memberi pandangan dan cadangan, kami menyediakan kaunter khas bagi tujuan itu sepanjang tempoh program berlangsung”, katanya.

Harian Metro

Advertisements

12 Responses to “Uji Bakat Jadi Pelakon”

  1. tri April 20, 2009 at 1:50 PM #

    im intrested to join finas for talent..call meif got casting again

  2. Jurina A.Rahman May 10, 2010 at 8:56 PM #

    saya berminat untuk menyertai ujibakat pelakon baru yang akan diadakan pada bila2 masa…sila hubungi saya jika ada ujibakat yang seterusnya…(017-5906183)…di samping itu, saya juga pernah berlakon sebagai pelakon tambahan dalam slot Suatu Ketika “APA DOSAKU” di Astro Citra saluran 131 pakej Mustika…

  3. noor azizah bt mohd din June 18, 2010 at 12:48 AM #

    saya betul-betul minat dalam bidang lakonan ni.
    harap saya akan diberikan peluang untuk
    mengasah bakat saya.sekian…

  4. noor azizah bt mohd din June 18, 2010 at 12:51 AM #

    ………

  5. intan suhana natasha July 5, 2010 at 7:48 AM #

    i nak sangat ikut uji bakat lakonan…
    sya yakin boleh berlakon…
    sya yakin jge boleh membawa pelbagai wtak…
    trust me….

  6. azanalidza July 8, 2010 at 2:41 PM #

    saya berminat sbg extra tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Pada sesiapa yang tahu sila hubungi saya di 014-7245410

  7. Muhd Nazrin September 11, 2010 at 11:56 PM #

    Askum,Saya nazrin,panggil saja saya ayien.Saya berumur 14 tahun[2010]dan berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang.Saya sangat meminati bidang seni berlakon dan saya berharap untuk menjadi pelakon yang bagus nanti untuk membantu keluarga saya yang susah.Jadi,jika ada tawaran untuk mencari pelakon remaja telefon saya di nombor ini.0138270316.Jika saya terpilih saya akan cuba yang terbaik.AMIN.

  8. Farah Nadirah Azizan October 22, 2010 at 3:44 AM #

    Assalammualaikum..
    Saya Farah, berusia 20 tahun. Saya amat berminat untuk menyertai industri lakonan. Saya amat sukakan cabaran dan saya juga ingin merealisasikan impian saya. Seperti semua orang yang dah postkan comment mereka, saya juga berharap agar dapat diberi peluang menonjolkan bakat saya dalam industri ini.

    Seterusnya, untuk sebarang pertanyaan sila E-mail saya di alamat farahzizan@yahoo.com

    Terima Kasih

  9. adha December 21, 2010 at 5:25 PM #

    sye adha ismail,umur 17(2010)da abIz spm n minat berlak0n. .pernah blak0n kt astro citra. . Call 0177206122.

  10. siti syahira binta salleh May 1, 2011 at 12:36 PM #

    sya siti syahira hndak jd pelakon untuk magejar minat saya ,bagi la saya peluang umur saya 15 tahun duduk di taman mas riya muar johor ini nombor telefon saya 0178471227 bagi lah saya peluang

  11. Amirul Rozali May 16, 2011 at 6:35 PM #

    saya perserta bernombor 242 telah berjaya dalam sesi uji bakat lakonan yang telah diadakakan oleh Finas pada hari terbuka Finas 2011 yang diterajui oleh Elly suriaty & Radhi Khalid, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada sebarang berita mengenai pengambilan sebagai pelakon, sila hubungi saya di nombor 017-5815372,sekian terima kasih..

  12. shim yi chiew June 2, 2011 at 8:03 PM #

    saya tak perna ikut apa2 uji bakat sebulum ini … ini kali pertama saya ada kehendak mahu mmencuba ….. harap ada peluang d bagi saya untuk mencuba uji bakat sekiranya ada rezaki …..saya orang sabah …. dalam golonga cina … harap boleh mencuba uji
    bakat ini … 0138438853…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: