Filem Blockbuster Slot Mega Movie Di TV3 Bulan Ini

5 Jan

TV3 akan menyediakan pelbagai program menarik sempena sambutan tahun baru. Bermula bulan ini pelbagai program menarik bakal disiarkan terutamanya Slot Mega Movie yang pastinya menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Antara filem blockbuster istimewa sepanjang bulan Januari ini akan dibintangi bintang ternama seperti Russell Crowe, Matthew McConaughey, Will Smith, Johnny Depp beraksi dalam Master and Commander, Frailty, I:Robot dan Pirates of Carribean – The Curse of the Black Pearl respectively.

Judul Filem: I Robot Tarikh: 9 Januari 2009 Masa: 10 malam

Selepas dekad 2035, robot adalah objek harian yang diprogramkan untuk hidup bersama manusia. Detektif Del Spooner terpanggil untuk menyiasat kes bunuh diri seorang saintis di sebalik kejadian robot ini iaitu Dr. Alfred Lanning. Spooner mengesyaki kematian itu bukan disebabkan bunuh diri tetapi disebabkan oleh salah satu dari robot itu. Filem ini dibintangi pelakon seperti Will Smith, Bridget Moynahan, Alan Tudyk, James Cromwell, Bruce Greenwood dan Adrian Ricard.

Judul Filem: Pirates of The Caribbean-The Curse Of The Black Pearl Tarikh: 23 Januari 2009 Masa: 10 malam

IKUTI penggambaran Kapten Jack Sparrow, seorang lanun handal bersama-sama dengan dan Will Turner yang juga tukang besi yang pinta di dalam usaha mereka mencari Elizabeth Swann. Elizabeth ialah anak perempuan gabenor dan kekasih Will diculik oleh Kapten Barbossa yang digeruni. Tanpa pengetahuan mereka, Barbossa yang garang dan bijak sebenarnya disumpah. Ia dilakonkan oleh Johnny Depp, Geoffrey Rush, Orlando Bloom, Keira Knightley, Jack Davenport dan Jonathan Pryce.

Judul Filem : Master And Commander – The Far Side Of The World Tarikh: 30 Januari 2009 Masa: 10 malamSEKITAR tahun 1805, Eropah pernah jatuh ke tangan Napoleon dan Royal Navy yang sedang menanti saat kemenangan mereka. Namun di South Amerika konflik yang baru pula muncul. Kapten Jack, Lucky Jack Aubrey lakonan Russel Crowe menerima arahan untuk menenggelamkan dan menawan the French privateer Acheron yang diatur di sebuah kawasan. Filem hebat ini dilakonkan oleh Russell Crowe, Paul Bettany, James D’Arcy, Edward Woodall, Chris Larkin dan Max Pirkis.

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: