Terbesar Di Malaysia

28 Oct

Walaupun pameran barangan antik acapkali diadakan di negara ini, tetapi pameran dan lelongan barangan antik di Shah Alam baru-baru ini yang paling besar pernah diadakan.


PENGUNJUNG yang datang bersama anak-anak begitu tertarik melihat barang yang dipamerkan.

PAMERAN dan Lelongan Amal Barang Antik 2008 yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor selama tiga hari bermula 24 Oktober lalu berjaya mencatat sejarah tersendiri.

Program anjuran pelajar Sarjana Komunikasi Korporat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Heritage Auction House serta Muzium Sultan Alam Shah itu menyaksikan lebih 400 barangan antik yang diperoleh dari serata dunia termasuk Asia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dipamerkan dan dijual. Majlis ini telah dirasmikan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.


NASKHAH al-Quran yang telah berusia ratusan tahun.

Memandangkan sambutan begitu memberangsangkan, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk meneruskan sesi pameran dan lelongan sehingga 9 November ini untuk memberi peluang kepada orang ramai menyaksikannya sendiri.

Penyelia pameran yang juga pensyarah Jabatan Komunikasi UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif berkata, program tersebut merupakan kesinambungan daripada program pameran dan lelongan amal tahun lalu yang menerima sambutan menggalakkan.


KOLEKSI barang tembaga yang turut dilelong.

“Konsepnya masih sama seperti dulu tetapi kali ini, ia dianjurkan dengan lebih gemilang lagi. Apa yang penting, matlamat utamanya adalah untuk mengumpul dana dan mengisi Tabung Kebajikan Pelajar UPM, selain memenuhi syarat pengajian pelajar yang terlibat.

“Di samping itu, program ini dijalankan hasil inisiatif kami untuk membangkitkan nilai sentimen sejarah di sanubari para pencinta seni dan warisan. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat majmuk dan kaya dengan pelbagai adat resam serta warisan budaya bangsa yang tidak ternilai dari segi penghayatan sejarah ketamadunan negara,” kata Dr. Muhammad Pauzi kepada Kosmo!.


KEPALA tali pinggang yang digunakan puteri raja Pantai Timur.

Beliau yang turut memiliki koleksi barangan antik tersendiri mengatakan antara tarikan utama program tersebut ialah senaskhah al-Quran beriluminasi tertua di Asia Tenggara yang berusia 400 tahun dan telah disahkan keasliannya oleh perpustakaan Britain.

Jelasnya, walaupun naskhah al-Quran itu tidak dijual atau dilelong, tetapi secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada orang ramai melihatnya secara dekat kerana ia belum pernah dipamerkan di mana-mana muzium sebelum ini.

Ketua Publisiti Pameran dan Lelongan Amal Barang Antik 2008, Abdul Sharif Abdul Kadir berkata, pihaknya berasa amat gembira kerana sambutan termasuk promosi yang diterima begitu memberangsangkan.

“Kami bertuah kerana program kali ini mendapat liputan meluas daripada pengamal media sama ada media cetak mahupun elektronik. Ia sekali gus berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung untuk menyaksikannya,” kata Abdul Sharif.

Bagi pengerusinya pula, Iskandar Jaafar, mereka telah melakukan persiapan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan program amal tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ini termasuklah mengumpul koleksi barangan antik yang diperoleh daripada pengumpul di seluruh negara.

“Seramai 24 pelajar bekerjasama membahagikan tugas masing-masing untuk menjayakan program amal ini dan ternyata, ia menerima sambutan yang lebih menggalakkan berbanding tahun lalu.

“Walaupun bukan mudah untuk memujuk pengumpul supaya menyerahkan barang mereka untuk dijual, tetapi akhirnya kami berjaya juga apabila memaklumkan tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana tabung kebajikan pelajar UPM.

“Alhamdulillah, segala yang kami rancang berjalan seperti yang dijadualkan. Segala penat lelah kami selama beberapa bulan lalu berbaloi dengan kejayaan program ini,” ujar Iskandar, seorang Pegawai Kanan Kastam Putrajaya yang juga merupakan pelajar separuh masa jurusan KOM5113.

Setakat ini, sebanyak RM20,000 telah berjaya dikumpul untuk mengisi Tabung Kebajikan Pelajar UPM dan jumlah itu dijangka akan bertambah memandangkan pameran ini telah dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan pengumpul barang antik sendiri serta tidak ketinggalan artis dan selebriti tanah air seperti Ally Iskandar Mohd. Mardzi, Adibah Noor dan sebagainya. – KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kosmo

One Response to “Terbesar Di Malaysia”

  1. mohamad yusoff yaacob January 12, 2010 at 7:51 AM #

    salam perkenalan dan selamat sejahtera,tuan dr. kita selalu mengadakan pamiran disana sini tapi kenapa kita tidak menunjulkan perkara ini kepada pelajar-pelajar ,memperkenalkan kepada mereka,mendidik mereka, sebagai pelapis ,kita hanya menunggu yang berminat sahaja yang tua-tua dah ,nanti pewaris tidak ada ,sebab sudah ramai pengumpul antik apabila meninggal dunia maka barangannya terbiar musnah atau dijual secara semborono oleh ahli keluarga yang tidak berminat dan tidak mengtahui nilainya ,saya minta perkongsian pandangan bagaimana cara supaya kita dapat mengadakan pamiran disekolah-sekolah di IPT atau sebagainya mudah-mudahan minat mereka timbul sejak zaman persekolahan lagi. kalau tak kenal memang tak minat.bila dah kenal barulah minat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: