Buruknya Perangai Anak Aktres Tu!

3 Sep

BUKAN sekali, malah dah banyak kali Papa dengar rungutan dan cerita negatif pasal aktres muda ini yang juga anak kepada pelakon wanita tersohor.

Papa memang tidak ambil pusing sangat cerita-cerita begini sebab pada Papa kalau bagus mana sekali pun artis tu, tapi kalau perangai buruk, memang takkan ke mana. Walaupun anak kepada pelakon terkenal.

Kisah yang Papa dapat ni pun bukannya dari siapa pun. Kawan baik Papa juga yang putih gebu kulitnya macam Noryn Aziz. Papa panggil dia Kak Mah Gebu dan selalunya cerita yang Kak Mah sampaikan kepada Papa selalunya sahih.

Alkisahnya, satu hari Kak Mah telah pergi ke lokasi penggambaran sebuah filem. Dia ke sana bukanlah sebab dapat tawaran berlakon tetapi kerana bertugas. Kak Mah ni pun memang suka pergi lokasi filem ni sebab katanya nak dapat feel untuk menjadi seorang pelakon.

Jangan tak tahu. Kak Mah ni memang teringin nak berlakon filem. Kalau boleh, dia nak bawa watak srikandi Melayu macam Tun Fatimah atau Tun Teja.

Sampai di lokasi itu, setelah menemubual pengarah dan pelakon lain, Kak Mah pun mahulah menemu bual pelakon muda ni. Tetapi apa yang buat Kak Mah terkejut adalah apabila sebelum temu bual itu, Kak Mah terdengar pelakon tu berkata sesuatu dalam nada yang agak kuat.

“Buat apa nak sibuk-sibuk interview I. I datang sini untuk kerja bukannya untuk ditemu ramah. Semua ni buang masa je!,” demikian kata pelakon muda itu.

Bukan itu sahaja, pelakon ini pun merungut-rungut apabila jurugambar mahu mengambil gambarnya.

Kak Mah yang terdengar begitu terus berlalu pergi. Dia sendiri tak heran dengan artis yang macam ni dan dia tak sentap pun bila dengar kata-kata gitu. Katanya, takdelah dia buang masa nak melayan kerenah artis sombong macam tu sebab artis tu tak popular mana pun. Kalau sebut nama pun orang tak kenal. Silap hari bulan, orang pun tak tahu dia tu anak aktres terkenal tu.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: