Archive | August, 2008

Metamorfosis: Rawatan Berteraskan Aromaterapi

30 Aug

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my

Pati minyak tulen mawar dihasilkan sendiri guna teknologi Perancis digunakan tingkat kesegaran

HARUMAN dan keindahan mawar merah yang digabungkan dengan sentuhan gaya hiasan dalaman keinggerisan, menjadi inspirasi The Garden Spa bagi menggamit kedatangan pengunjung mengecapi rawatan yang membangkitkan kesegaran dan mendapatkan kesan semula jadi untuk memutihkan serta mengekalkan kehalusan kulit.

Walaupun baru saja dibuka pada awal Jun lalu, The Garden Spa yang dimiliki oleh D’Affinity Beauty (M) Sdn Bhd dan diuruskan dua rakan kongsi iaitu Suhamiza Asmarizaini Zakaria dan Wan Noriza Ahmad ternyata mempunyai kelebihan serta keunikan tersendiri.

Dari luar, The Garden Spa yang letaknya di Kelana Mall, di Kelana Jaya mungkin tampak agak biasa, namun melangkah ke dalamnya pengunjung akan berasa senang hati dengan persekitarannya kerana reka hiasan dalaman diubah dengan agak menarik, kemas dan menggunakan rona segar. Malah, sebagai memenuhi ciri spa ia turut dilengkapi dengan kelengkapan yang boleh dikatakan, serba lengkap termasuk bilik mandian wap, tab mandian dan bilik rawatan yang cukup peribadi.

Namun, di sebalik gaya hiasan keinggerisan yang menyerlahkan kelembutan dan menyenangkan hati, kedua-dua wanita itu sebenarnya ada matlamat ingin diutamakan iaitu ingin memperkenalkan konsep aromaterapi melalui produk dihasilkan oleh syarikat mereka sendiri.

Suhaimaza yang lebih senang dikenali sebagai Shireen berkata, konsep rawatan aromaterapi diperkenalkan di spa berkenaan turut mencari kelainan agar ada perbezaan jika dibandingkan dengan pusat rawatan spa yang sudah pun sedia ada dan terdapat di mana-mana, termasuk konsep zens, Bali mahupun nusantara. Kecenderungan menggunakan rawatan sedemikian turut didorong pengetahuan kedua-dua rakan kongsi itu yang masing-masing memiliki diploma dalam bidang aromaterapi.

Justeru, katanya dengan berkongsi pengetahuan dan memperkenalkan konsep aromaterapi berasaskan pati minyak tulen mawar ia dapat memberikan satu lagi pilihan kepada pengunjung, khususnya yang inginkan kelainan atau mencari kepuasan baru dalam membuat rawatan wajah dan tubuh.

“Keajaiban pati minyak tulen melalui aromaterapi mampu memberikan banyak manfaat. Oleh itu, kami perkenalkan konsep aromaterapi. Lebih istimewa, kami menggunakan produk dihasilkan sendiri yang berasaskan pati minyak tulen mawar dan dikenali sebagai rosa damascaena secara botani.

“Pati tulen itu dapat memberikan kesan semula jadi bukan saja pada kulit, tetapi juga minda dan emosi. Aromaterapi juga adalah cara perubatan holistik yang merangkumi fizikal, mental, kerohanian, emosi dan persekitaran seseorang. Malah, dalam aromaterapi penggunaan pati minyak tulen berperanan besar apabila membuat keputusan untuk setiap rawatan,” katanya.

Shireen berkata, selain itu pembukaan spa berkenaan turut sebagai pelengkap terhadap produk kecantikan dan kesihatan berasaskan aromaterapi dan pati minyak tulen dikenali Affinity Rossa yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sejak tiga tahun lalu. Penghasilan produk itu menggunakan teknologi Perancis yang dirumus khas untuk kulit Asia.

Katanya, dengan membuka spa mereka dapat membantu meningkatkan pengetahuan kepada wakil pengedar, Affinity Rossa untuk menggunakan cara betul dan berkesan terhadap setiap rangkaian produk yang dipasarkan.

“Produk Affinity Rossa yang berasaskan pati minyak tulen mawar bermula dengan dua rangkaian utama iaitu produk asas dan pemulihan wajah serta rangkaian minyak pati bagi perawatan badan secara urutan dan pelbagai. Pada 2007 rangkaian produk penjagaan wajah diperkenalkan, termasuk rawatan pembersih wajah, rawatan tambahan serum, penyental wajah tambahan, krim intensif penghalusan dan penyegar. Sebagai pengeluar, kami mahu pastikan pengedar bukan saja memasarkan produk berkenaan, tetapi juga memahami cara menggunakan serta keberkesanannya,” katanya.

Akuinya, rawatan mandian selulit adalah antara yang popular di spa itu. Dengan berendam di dalam tab mandian yang dicampurkan produk berasaskan minyak pati tulen mawar, ia dapat membaiki struktur kulit dan membantu memutihkan kulit secara semula jadi.

INFO:

The Garden Spa

Lokasi: 50E-1 Kelana Mall, Jalan SS6/14 Kelana Jaya, Petaling Jaya

Perkhidmatan:Rawatan tubuh – urutan aromaterapi, rawatan selulit, rawatan menyental dan sebagainya.

Rawatan wajah – membersihkan wajah, rawatan menghaluskan kulit dan sebagainya.

Rawatan kuku tangan dan kaki.

Solekan untuk ke majlis dan acara.

Harga: Pakej rawatan Grand Garden berharga RM252 dan mengambil masa selama dua jam itu merangkumi, urutan aromaterapi, menyental tubuh serta rawatan membersih wajah secara mendalam.

Waktu perniagaan: Selasa hingga Jumaat – 10 pagi hingga 7 petang

Sabtu & Ahad – 10 pagi hingga 7 petang

E-mel: daffinity07yahoo.com.my

Berita Harian

Resepsi Perkahwinan Maya Di FRIM

30 Aug


MUHAMMAD ALI menyuapkan isterinya, Maya Karin pada majlis persandingan mereka di FRIM malam tadi.

KUALA LUMPUR – Hasrat Maya Karin untuk bersanding di padang bola sepak dengan disaksikan keluarga dan teman rapat di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

Tepat pukul 9 malam tadi, pelakon jelita ini disandingkan dengan suaminya, Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali di padang bola sepak Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Kepong.

Pemilihan padang bola sepak tersebut adalah bersesuaian dengan peranan Maya sendiri sebagai duta Taman Laut Malaysia yang mahukan manusia supaya menghargai alam semulajadi.

Majlis persandingan tersebut yang berlangsung dalam suasana meriah dihadiri oleh kira-kira 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah mempelai.

Maya, gadis darah kacukan Jerman-Malaysia itu kelihatan anggun berpakaian pengantin moden rekaan Radzuan Radziwill berwarna putih di samping suami tercintanya mengenakan baju Melayu berwarna hitam.

Biarpun begitu, pasangan itu memilih majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana yang tidak menyaksikan acara merenjis, sebaliknya kedua-dua pengantin hanya memotong kek dan makan beradab.

Maya yang pernah membintangi beberapa filem tanah air dan terakhirnya bertajuk Duyung bersama pasangannya juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Mereka telah melangsungkan majlis pernikahan di daerah kaki pergunungan di Lake Como, Itali pada 14 Ogos lalu.

Kosmo

Masakan Kampung Buka Selera

29 Aug


Penghibur terkenal Dee (kanan) dan Chef Yohanis bersama pelbagai sajian sempena promosi Nostalgia Ramadan Hotel Dorsett Regency.

DUA atau tiga hari lagi seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan Ramadan. Waktu inilah kita sering teringat dengan juadah masakan kampung hasil masakan ibu tercinta ketika berbuka puasa.

Sebenarnya, di kota raya seperti Kuala Lumpur, juadah-juadah seperti itu di mana-mana pun boleh diperoleh sama ada di pasar Ramadan atau di hotel-hotel yang hampir kesemuanya mengadakan promosi berbuka puasa.

Bagi yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke Hotel Grand Continental jika bimbang tidak sempat sampai ke rumah untuk berbuka.

Terkenal dengan variasi hidangan bufet berbuka puasa yang enak dan menyelerakan, menu tahun ini dipelbagaikan. Hidangan berbuka puasa tahun ini yang bertema Selera Kampungku ditampilkan dalam lapan menu secara bergilir-gilir dengan setiap menu mengandungi 100 jenis masakan.

Chef Sous, Saiful Jefri Jaafar berkata, selain beraneka jenis kerabu dan sup, pengunjung boleh menikmati hidangan enak lain yang disajikan termasuklah ayam berlada, gulai darat batang pisang, botok-botok rengit, ketam lemak nanas, kuzi ekor lembu dan lemak siput.

Tambah beliau, turut dihidangkan ialah kambing panggang yang merupakan satu lagi resipi istimewa di hotel ini. Kambing tersebut diperap dengan resipi rahsia yang berupa campuran pelbagai herba dan rempah ratus selama dua hari.

Jelasnya, sambil menikmati juadah berbuka, pengunjung akan dihiburkan dengan lagu-lagu asli dan ghazal oleh Ghazal Sri Kencana dan cabutan bertuah.

Nostalgia Ramadan di di di Dorsett Regency

Aneka juadah berbuka puasa menanti pengunjung Checkers Cafe’s di Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur, sepanjang bulan Ramadan ini.

Membawa tema Nostalgia Ramadan, pelbagai sajian akan dihidangkan daripada resepi ala kampung hinggalah resipi muhibbah seperti masakan India, Cina, Baba-Nyonya dan masakan yang bertemakan menu Malaysia.

Kesemua sajian disediakan oleh Chef Yohanis yang pakar dalam masakan Melayu dan ‘anak-anak buahnya’ yang sudah tentu mahu memastikan setiap pengunjung yang datang menikmati kepuasan daripada sajian yang dihidangkan.

Antara yang disajikan sempena Ramadan ini ialah sup rusa, rendang ayam, sambal udang petai, serunding ayam, bubur lambuk, sup ekor, balitong masak lemak cili api, pari asam pedas, patin masak tempoyak, rendang daging, lemang, ketupat dan aneka kuih raya.

Selain itu, suasana berbuka puasa akan diserikan dengan kemunculan selebriti dan pengacara terkenal, Dee. Di samping menghiburkan pengunjung, beliau juga akan menampilkan pelbagai menu pilihan yang diwarisi daripada nenek moyangnya berketurunan Arab.

Selebriti lain yang akan bersama dengan Dee ialah Datuk Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Adibah Noor dan tetamu jemputan yang lain seperti anak-anak yatim yang akan dirai oleh kakitangan hotel.

Selepas puas menikmati hidangan menyelerakan, bagi sesiapa yang ingin menyempurnakan sembahyang Tarawih pihak hotel menyediakan surau untuk keselesaan di tingkat 2 berdekatan dengan Checkers Cafe.

Checkers Cafe juga mengadakan menawarkan harga istimewa sepanjang promosi bulan Ogos dan September ini bagi sesiapa yang menempah awal.

Utusan Malaysia

Everything’s Hunky-Dory For Maya

28 Aug

The exotic beauty is heading to Bangkok for a TV commercial.

The exotic beauty is heading to Bangkok for a TV commercial.

With a promising career and domestic bliss, it’s no wonder that Maya Karin is feeling on top of the world, writes HAFIDAH SAMAT.

HER sweet smile, straight hair and smiling eyes embody exotic elegance.

That’s Maya Karin for you, the “star” of today’s Malay cinema.

The German-Indonesian beauty, who is synonymous for her gripping portrayal of a modern-day pontianak in award-winning director Shuhaimi Baba’s Pontianak Harum Sundal Malam I & II, was named Best Actress for her role in director-playwright Osman Ali’s Anak Halal at the 21st Malaysian Film Festival in Cyberjaya earlier this month.

On the same day, Maya said her wedding vows to British fiance Muhammad Ali Abdullah (or Steven Shorthose) at the breathtaking lake-view villa in Lake Como, Bellagio, Italy.
“I was busy with preparations for the wedding. I remember waking up in the morning and thinking about my friends getting ready for the film festival. I never expected to win and I’m grateful,” she said at a Press conference in Petaling Jaya recently.

“It has been overwhelming for the whole family. It was raining most of the time (in Lake Como) and I feared the weather would dampen the wedding. Alhamdulillah, everything turned out well and I’m glad that my guests enjoyed their stay there,” says Maya, who returned to Kuala Lumpur last week after a two-day stay in Venice.

Despite her full schedule now, Maya, 29, still has time for other things.

“Steven and I split the chores. When I do the cooking, Steven does the laundry. We are both adventurous in the kitchen. We like to experiment with new recipes.”

Given her success, Maya must be feeling on top of the world.

Family means a lot to her. Does it supersede her career in terms of priorities?

“Steven is cool. He wants me to be independent and allows me freedom when it comes to my career. I guess he’s accustomed to my working around-the-clock,” she said, adding that she has no plans to start a family soon.

“With everything being so expensive these days, we are not giving it serious thought yet. I give my all where my career is concerned. Yes, I am a workaholic and I guess that at the end of the day no one can fault me for not doing my work well.”

Despite her ultra-tight filming schedule, Maya had gathered her close friends for her wedding reception in Kuala Lumpur today.

According to her, extra care was put into the little details of the garden-themed party.

She designed the “go-green” invitation card with her close friend, singer Jeslina Hashim.

The reception will take place in Kepong and will be attended by 800 guests comprising family members, relatives, showbiz and fashion folks.

“I’d love to invite everyone I know but my concern is that I won’t be able to mingle with everybody at the party. I’m also excited about the door gifts I’ve prepared for my guests. It (the gift) is special,” she said with a cheeky grin.

Maya is expected to wear a traditional dress by designer Radzuan Radziwill for the reception.

Next week, she is heading for Bangkok to shoot a TV commercial for L’oreal White Perfect brand.

This will be followed by filming for her latest movie, Pisau Cukur, to be directed by Bernard Chauly (of Gol & Gincu fame) in KL.

Produced by Red Communications, the film also stars Fazura, Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali and Liyana Jasmay.

New Straits Times

Cinema: Only If You Dig Myers

28 Aug

Hurrah! This bad comedy is over!

Hurrah! This bad comedy is over!

NOW SHOWING

THE LOVE GURU
Directed by Marco Schnabel
Starring Mike Myers, Ben Kingsley, Jessica Alba, Justin Timberlake, Romany Malco, Meagan Good, Omid Djalili

Kingsley as Guru Tugginmypuddha in The Love Guru.
Kingsley as Guru Tugginmypuddha in The Love Guru.

THE biggest joke in this movie is not that Mike Myers makes fun of the New Age self-help field but that Ben Kingsley stars as his crossed-eye Guru Tugginmypuddha who encourages his ashram students in India to fight using urine-soaked mops!

Kingsley, of course, is well-known for his Academy Award-winning performance as India’s greatest spiritual leader Mahatma Gandhi in Richard Attenborough’s 1982 movie.

I thought playing Gandhi and spoofing a spiritual teacher borders on being insulting. Maybe that’s because I have always revered Kingsley in Gandhi. But elsewhere, people seem to accept Myers’s brand of crude comedy.

The movie has Val Kilmer and Jessica Simpson attending one of the Guru’s talks. Even Deepak Chopra makes an appearance as himself.
Morgan Freeman lends his voice on the voice-over machine and Canadian ice hockey player Rob Blake appears as himself.

Mariska Hargitay (who plays Olivia Benson in Law and Order: Special Victims Unit) has her name turned into a greeting.

In less than two hours, the movie packs jokes that are mostly crass, vulgar and are, in most parts, about private parts.

The humour doesn’t deviate from that of Austin Powers, in which Myers also starred in, making his latest outing just like watching the groovy secret agent in a different uniform and location. The jokes are the same.

Vulgar jokes aside, Myers antics are at times rib-tickling. I love the mobile cushion that Pitka (Myers) moves on, with a control on its side and a reverse parking alarm. It’s absolutely silly and it’s hilarious.

In The Love Guru, Jane Bullard (Jessica Alba), who owns the Toronto Maple Leafs ice hockey team, hires Pitka to help her star player Darren Roanoke (Romany Malco) get back his wife Prudence (Megan Good) and his concentration in the game.

Prudence is now dating L.A King’s legendary goalie, Jacques “Le Coq” Grande (Justin Timberlake).

There is even a Bollywood dance routine between Myers and Alba and while we may not find it very funny, having been exposed to Bollywood films that seem to have endless dancing, the Western market might just find the dancing routine new.

The two even sing in Hindi with English subtitles crawling on the screen.

Myers, like Adam Sandler and Eddie Murphy, may have fallen into that deep comedy trap of creating and re-creating films of the same flavour, hoping for an audience who would watch them once.

I guess one watch is fine, if you have time to burn and if you have had a very bad day and desperately need a laugh. The jokes won’t be so funny the second time around.

New Straits Times

Ada Sebab Rahsia Kahwin

28 Aug

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

MENJADI lumrah bagi seseorang selebriti, setiap pergerakan ataupun perbuatan pasti dapat dihidu jua.

Sama seperti pasangan pengantin baru, Melissa Maureen Rizal dan Malique (Too Phat), harapan untuk merahsiakan perkahwinan mereka pada 8 Ogos lalu, tidak menjadi.

Sebaliknya, rahsia mereka terbongkar apabila beberapa gambar perkahwinan pasangan dua merpati sejoli ini tersebar luas di dalam internet dan kemudian ia dihidu oleh orang media.

Bertemakan warna putih dan biru muda di tepi pantai Bali, Indonesia, majlis itu kelihatan begitu ringkas dengan dihadiri teman-teman rapat sahaja. Tiada teman media mahupun selebriti-selebriti yang rapat dengannya yang diundang ke majlis yang bertemakan putih itu.

Kerahsiaan pasangan ini untuk menjelaskan momen indah itu menjadikan pelbagai andaian dan tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.

Macam-macam hal, termasuklah yang tidak sedap didengar telinga dan dibaca, tetapi Kosmo! merasakan ada baiknya berbicara lanjut dengan yang empunya diri.


WAJAH ceria seorang yang baru bergelar isteri.

Tatkala menemui Melissa pada pelancaran drama online Gua.com.my, Ceraiya di Restoran Rebung baru-baru ini, satu-persatu soalan yang berkaitan dijawab tetapi hanya dengan bahasa yang seringkas mungkin.

Dalam banyak pertanyaan tidak banyak yang berjaya dirungkaikan dengan sejelas mungkin oleh wanita berwajah jelita ini. Mungkin sebagai isteri dia hanya berhak menjawab apa yang difikirkan sesuai saja.

Apa yang penting kata Melissa, dia mahukan kegembiraan membina mahligai cinta disimpan sebagai memori yang indah untuk dirinya bersama suami dan keluarga mereka. Melissa mengakui hal peribadi seperti itu dia tidak sudi berkongsi dengan pihak luar.

“Kalau boleh, saya tak mahu menceritakan tentang majlis perkahwinan itu dengan mendalam. Bukannya apa, ia adalah satu memori yang indah dan sangat bermakna buat kami. Ini hal peribadi.

“Lagipun, perkahwinan kami sangat sederhana. Kami bernikah di sebelah petang dan bersanding pada waktu malamnya. Yang penting, inilah impian saya iaitu berkahwin di tepian pantai.

“Tetamu yang hadir pula kebanyakannya merupakan saudara terdekat dan juga kawan rapat saya yang dikenali sejak sekolah sahaja,” tuturnya yang telah pun bertunang dengan Malique sejak tiga tahun yang lalu.

Begitu ringkas jawapannya, Melissa lebih selesa mengurangkan bicara hal perkahwinannya. Namun dia menjelaskan, ada sebab mengapa perkahwinan ini dirahsiakan.


PEMINAT hanya mengetahui kisah pernikahan Melissa dan Malique melalui gambar yang tersebar di internet.

“Saya risau, kalau ramai yang tahu mengenai perkahwinan ini, takut tak menjadi pula. Sebab itu, kami lebih selesa mendiamkan diri. Bagaimanapun, mungkin kami akan membuat majlis resepsi di sini. Cuma setakat ini kami tidak pasti lagi sama ada ia menjadi ataupun tidak,” katanya

Kahwin cara IslamBiasalah, jika bercerita mengenai perkahwinan, pasti banyak perkara seperti wang hantaran dan cara majlis itu disambut.

Namun, wajah Melissa sedikit berubah tatkala ditanya soalan mengenai mas kahwin dan hantaran. Seperti takut dengan andaian negatif yang bakal diberi jika dia mengulas panjang, pantas saja dia menjawab ringkas “Kami berkahwin secara Islam.”

Bila ditanya semula mengenai tidakkah dia menyelitkan sebaran adat istiadat perkahwinan Melayu, sekali lagi jawapan sama, “Kami berkahwin secara Islam.”

Sekalipun faham dengan pendiriannya yang tidak mahu membesar-besarkan mengenai hal perkahwinannya, sesekali terfikir juga tidakkah dia risau dengan pandangan peminat yang mungkin akan ‘terasa’ dengannya kerana berkahwin secara senyap, Melissa mengembalikan soalan kepada pihak media.

“Kenapa peminat-peminat perlu terasa jika saya melalui saat-saat yang bahagia? Mereka sepatutnya gembira jugakan? ” tanyanya dengan nada berterus terang.

Tak menghalang kerjayaBicara pula mengenai suaminya, anggota Too Phat, Malique, Melissa tersenyum panjang. Wajahnya seperti telah menunjukkan perasaan cintanya terhadap suami tersayang.

“Saya bersyukur kerana memilikinya. Dia seorang yang bertanggungjawab dan begitu memahami tentang diri saya.

Malah, kini saya rasa seperti mempunyai seorang teman rapat yang sentiasa di sisi. Lebih-lebih lagi dia berada di bidang yang sama seperti saya. Ia lebih memudahkan kami untuk memahami kerjaya masing-masing. Lagipun dia tak menghalang apa yang saya lakukan sekarang,” tuturnya sambil tersenyum manis.

Biarpun telah bergelar seorang isteri, Melissa tidak akan membataskan diri dengan segala tawaran lakonan yang diterimanya. Perjalanan hidup sebagai seorang anak seni, masih diteruskan.

Sengaja penulis mengusiknya, tidakkah dia ingin digandingkan bersama Malique dalam drama atau pun filem, dia menggeleng sambil tertawa manja.

“Taklah (ketawa). Tak mungkin saya akan berlakon dengannya,” katanya yang bakal menemui penonton dalam filem Hoopers pula.

Tak sempat berbulan maduSedih mendengarkan pasangan bagi pinang dibelah dua ini tidak sempat pun berbulan madu bersama.


MAHU menyimpan momen manis perkahwinan sebagai kisah peribadi sahaja, bukan untuk tatapan umum.

Mana taknya, sehari selepas pulang ke Kuala Lumpur, terus saja dia menjalankan drama online, Ceraiya.

“Kami memang tak sempat untuk berbulan madu kerana saya perlu bergegas ke Kuala Lumpur untuk penggambaran pula,” katanya.

Apapun, hasil lakonannya seperti biasa, sangat memuaskan. Membawakan watak seorang isteri, Niki, yang sentiasa tidak sehaluan dengan suaminya, KP, dia begitu teruja dengan lakonannya.

“Saya seronok dengan watak komedi yang diberikan kerana inilah karakter impian saya. Bukan senang untuk melakonkan watak-watak komedi berbanding dengan watak-watak lain.

“Apa pun, saya tak akan teragak-agak jika diberi peluang untuk diberi peranan watak komedi lagi sekali dan kalau boleh saya inginkan karakter yang mampu mencabar diri saya sendiri,” jelasnya.

Dalam drama Ceraiya ini, Niki dan KP tidak sehaluan lagi biarpun mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga. Beberapa hari sahaja menyambut Aidilfitri, mereka sepakat untuk bercerai.

Drama ini akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada tarikh 1 September ini.

Kosmo

Dengarnya… Nana, Achik Kembali Berduet

27 Aug

Oleh Normah Becok

DULU memang ramai orang tahu yang dua artis naungan FMC Music, Siti Nordiana (Nana) dan Achik Spin pernah bercinta, namun jodoh untuk mereka bersama tiada. Tapi Cik Normah tak naklah sebut barang yang lepas.

Yang berlalu tu biarlah terpahat dalam lipatan sejarah. Tambahan pula masing-masing sudah membina keluarga bahagia. Nana dah kahwin dengan pelakon Faizal Yusof, manakala Achik dengan isterinya, Tasha.

Nana dan Achik dilihat serasi hinggakan lagu duet mereka, Paling Comel menerusi album duet berjudul Istimewa Untukmu pada tahun 2003. Kemudian pada tahun 2005, mereka berduet sekali lagi dalam album tradisional, Benang Emas.

Sekali lagi pada tahun ini, mereka kembali berduet mendendangkan sebuah lagu bonus yang bakal dimuatkan dalam album Terbaik Eddie Hamid, Rindu…Nya, yang dijangka berada di pasaran menjelang raya nanti dalam bentuk kaset, cakera padat dan VCD karaoke edaran FMC. Lagu itu berjudul Tragedi Cinta dan dirakamkan pada tahun lalu. Cik Normah dapat tahu, lagu itu tak dinafikan memang ada kaitan dengan kisah mereka pada waktu dulu.

Sebelum menghasilkan album duet, Achik dan Nana pernah berduet dalam album Spin, antaranya lagu Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih. Cakap fasal FMC, Cik Normah nak bagi tahu sekali lagi, album kumpulan Hujan hanya edaran saja. Maksud Cik Normah kumpulan Hujan disambar FMC hanya untuk tujuan pengedaran bukan menjadi artis naungan syarikat itu sekali gus.

Berita Harian