Solekan Berkilau Gaya Paling Hangat

10 Aug

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my


WAJAH Amber Chia setelah disolek jurusolek artis, Mohd Rostam Abdul Majid

Diperkenalkan Jennifer Lopez, Beyonce dan diikuti Rihanna, sehingga akhirnya menjadi ikutan ramai wanita

PERHATIKAN solekan selebriti terkenal musim panas kali ini, begitu mempesona dengan kilauan rona tembaga dan keemasan umpama selepas berjemur di bawah sinaran matahari. Kelihatan segar bersahaja dan semula jadi.

Jurusolek artis, Mohd Rostam Abdul Majid atau Rostam berkata, solekan berkilau adalah antara jenis solekan yang paling digemari dan menjadi gaya paling hangat musim ini. Ia dikatakan mula diperkenalkan Jennifer Lopez, Beyonce dan diikuti Rihanna, sehingga akhirnya menjadi ikutan ramai wanita kini.

“Perhatikan jenama alat solek terkemuka seperti Giorgio Armani, Shu Uemura, Shiseido, Benefit dan L’oreal, kebanyakannya mempertaruhkan wajah musim luruh dan panas kali ini dengan solekan berona tembaga, mata berkilau warna gelap, kening dilukis sederhana bersama calitan gincu bibir merah jambu pucat.

“Untuk tampil anggun dan mewah, pastikan setiap palitan berserdak metalik dan perang keemasan kerana rona kelabu bersahaja untuk solekan mata menggunakan teknik smokey eyes akan menampakkan wajah anda kusam dan kotor,” katanya.

Bagi menyempurnakan solekan, serlahkan rona perang pada wajah anda dengan paduan pembayang mata berwarna tembaga, emas, kelabu gelap atau hitam tapi pastikan ia berkilau.


SELEPAS, padanan rambut palsu potongan bob bersama pakaian ranggi menyerlahkan gaya seksi sesuai solekan berkilau.

Pemerah pipi untuk mereka berkulit gelap pula adalah gabungan warna emas dan aprikot manakala nuansa merah jambu nipis sesuai untuk yang berkulit cerah.

Bagaimanapun, Rostam tidak lokek berkongsi ilmu kerana katanya, solekan wajah licin umpama sutera terhasil jika bedak asas diadun sempurna. Jadi, untuk menghasilkan solekan berkilau ala Rihanna, gabungkan bedak berkilau (bronzing powder) bersama sapuan bedak asas berwarna cerah sama ada jenis cecair atau serbuk.

“Jangan terus kenakan solekan tanpa sebarang alas tapi oleskan dulu pada kulit di belakang tangan untuk melihat keserasian warna. Peraturan pertama sebelum mengenakan mekap adalah memilih produk yang tepat dengan warna kulit.

“Walau apa pun warna kulit anda, elakkan memilih bedak asas yang terlalu gelap. Jika anda memiliki kulit yang lebih cerah, pilih nuansa karamel atau hazelnut manakala nuansa kopi, tembaga atau emas sesuai untuk mereka berkulit gelap. Paling penting adunan bedak asas yang sempurna,” katanya.

Rostam berkata, sekarang banyak jenama alat solek yang mengeluarkan produk khusus untuk solekan berkilau bagi memudahkan pengguna membuat pilihan tepat. Bagi anda yang ingin mengetahui cara solekan berkilau, ikuti langkah demi langkah bersama Rostam dan Amber Chia.

Tiru gaya solekan ala Rihanna bersama Amber Chia

1. Sebelum, wajah Amber Chia disapu krim pelembap bagi melindungi kulit daripada kekeringan

2. Sapukan bedak asas bersama bronzing powder untuk gaya solekan berkilau. Kulit cerah milik Amber Chia menyebabkan Rostam mengadun dua warna bedak asas jenis cecair paduan warna gelap dan cerah.

3. Pesona mata terserlah dengan pembayang mata rona tembaga disapu menggunakan teknik smokey eyes dengan calitan pembayang mata putih berkilat memberi ilusi 3D pada mata

4. Pemerah pipi nuansa merah jambu pucat di oles sapuan gincu bernada pucat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah.

Tip: Solekan berkilau

pembayang mata berkilat pada tubir mata bagi mendapatkan kesan 3D sekali gus melengkapkan solekan berkilau pada wajah anda

menghasilkan wajah bercahaya seperti yang biasa dilakukan Jennifer Lopez, sapukan ‘bronzer’ iaitu sejenis bedak berwarna tembaga dengan kilau keemasan pada pelipis, pipi, hujung dagu dan tulang pipi untuk mendapatkan kesan kulit bercahaya

kan ‘bronzing shimmer’ sebagai sapuan terakhir menggunakan berus besar di wajah dan leher. Sebelum disapukan di wajah, tiup bulu berus atau sapukan pada atas tangan terlebih dulu supaya sapuan yang terhasil kelihatan semula jadi

nzing blusher’ membuat pipi kelihatan berkilau seperti kulit coklat bercahaya. Untuk tampak lebih hebat, padukannya dengan pemerah pipi tona aprikot jika anda berkulit gelap dan tona merah jambu lembut jika anda berkulit cerah.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: