Sindrom Artis Jual Foto Anak

24 Jul

JESSICA ALBA menjual gambar anaknya dengan nilai RM4.9 juta.

SINDROM baru ini mula melanda Hollywood apabila artis-artis bersaing untuk melahirkan anak tahun ini. Rentetan itu, mereka ditawarkan harga yang tinggi untuk menjual gambar-gambar anak mereka secara eksklusif kepada pihak media.

Ada yang kemaruk ‘menjual’ gambar-gambar anak tetapi ada juga yang menolak. Malah trend ‘menjual’ gambar ini juga telah menimbulkan perasaan marah Christina Aguilera kerana gambar anak sulungnya, Max Liron Bratman hanya dijual pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aguilera terpukul kerana harga yang diraihnya jauh lebih rendah berbanding harga gambar anak kembar Jennifer Lopez yang berjaya dijual pada harga AS$6 juta (RM23 juta).

Namun, mengatasi Aguilera dan Lopez ialah foto anak kembar Angelina Jolie, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dikhabarkan menerima tawaran sebanyak £10 juta (RM64.6 juta).

SHILOH diperdagangkan oleh ibubapa mereka dengan nilai RM13.3 juta.

Selain Christina Aguilera dan Jennifer Lopez, Nicole Richie juga telah menjual gambar anaknya, Harlow Winter Kate yang dilahirkan pada 11 Januari lalu dengan harga AS$1 juta (RM3.24 juta).

Minggu ini mari kita lihat senarai harga yang ditawarkan buat anak-anak selebriti Hollywood, dan yang pasti harga gambar anak kembar Angelina Jolie dan Brad Pitt akan berada di tangga teratas buat satu jangka masa panjang.

Shiloh, Pax, Knox dan VivienneKelahiran bayi sulung pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Nouvel ini sudah lama dinanti-nantikan. Semenjak Angelina dilaporkan mengandung, banyak pihak cuba mendapatkan hak untuk menyiarkan gambar anaknya yang dilahirkan pada 2006 di Swakopmund, Namibia.

Majalah People telah menawarkan sebanyak AS$4.1 juta (RM 13.3 juta) untuk mendapatkan hak tersebut dan majalah Hello! pula sebanyak AS$3.5 juta (RM11.3 juta).

Tawaran tersebut mencatat sejarah tersendiri kerana gambar Shiloh merupakan paling mahal ketika itu. Namun, rekod itu kini diatasi oleh dua adik kembarnya, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dilahirkan pada 12 Julai lalu di Nice, Perancis.

Dikhabarkan Angelina sedang berbincang dengan beberapa majalah terkemuka untuk menjual gambar eksklusif pertama anak kembarnya dengan anggaran harga £10 juta (RM64.6 juta).

Walaupun ada majalah yang menawarkan £5.5 juta (RM35.5 juta) untuk sesi fotografi khas, jurucakap pasangan ini, Max Clifford berpendapat harganya boleh meningkat lagi.

MATTHEW McCONAUGHEY dan Camila Alves beri hak eksklusif kepada majalah OK!.

“Saya rasa gambar-gambar tersebut boleh mencecah £10 juta (RM64.6 juta). Ini akan menjadi tawaran paling mahal setakat ini.”

Menurut laporan, nama kedua-dua bayi kembar itu merupakan inspirasi daripada nama keluarga Angelina dan Brad.

Knox dinamakan atas nama datuk Brad, Hal Knox Hillhouse dan juga berkongsi huruf akhir yang sama dengan dua orang anak angkatnya, Maddox Chivan, 6, dan Pax Thien, 4.

Manakala nama tengah Vivienne adalah penghormatan kepada nama ibu Angelina, Marcheline Bertrand yang meninggal tahun lalu. Pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak angkat perempuan, Zahara Marley Jolie-Pitt.

Selain daripada gambar anak kandungnya yang menjadi rebutan, gambar anak angkat terbaru Angelina dan Brad, Pax juga pernah menjadi perhatian ramai.

Dilaporkan Angelina menerima lebih AS$2 juta (RM6.5 juta) daripada penjualan foto anak angkatnya ini daripada majalah People.

Namun, gambar Angelina bermesra dengan anak angkat barunya dari sebuah rumah kebajikan di Vietnam kemudian muncul di muka depan majalah Hello.

Sunday Rose Walaupun ramai di antara pasangan selebriti memilih untuk menjual gambar anak mereka, pasangan Nicole Kidman dan Keith Urban pula telah menolak tawaran bernilai jutaan ringgit untuk menjalankan penggambaran khas bersama anak perempuan mereka.

Pemenang Oscar ini bersama suaminya yang dikurniakan anak pertama, Sunday Rose pada 7 Julai lalu ditawarkan oleh pelbagai majalah tetapi mereka telah menolak kesemuanya.

Menurut satu sumber, “Nicole dan Keith berpendapat adalah tidak munasabah untuk menyiarkan foto anak mereka secara eksklusif. Mereka masih berfikir bagaimana untuk mengendalikan perkara ini termasuk bila mereka hendak menerbitkan gambar anak mereka itu.”

Namun, pasangan ini dikatakan sedang dalam perancangan untuk menerbitkan gambar ini secara percuma.

KEITH dan Nicole memilih untuk tidak menjual gambar anak sulung mereka, Sunday Rose kepada mana-mana media.

“Mereka sedar ramai orang awam terutamanya peminat ingin melihat wajah anak mereka dan berterima kasih atas keprihatinan mereka. Namun,

Nicole dan Keith sedang menikmati masa bersama anak sulung mereka,” tambah sumber tersebut.

Honor MarieIbu jelita, Jessica Alba juga mengambil langkah sama seperti selebriti lain dengan menjual gambar anak perempuannya, Honor Marie dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aktres Fantastic Four ini yang melahirkan anak sulungnya dengan suami, Cash Warren pada 7 Jun lalu telah menjual gambar anaknya kepada majalah OK!.

“Pada mulanya Jessica tidak bercadang untuk menjual gambar anaknya tetapi mengalah apabila menerima pelbagai tawaran.

“Dia kemudian membuat keputusan untuk menjual dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) untuk menjadi sesi fotografi khas Honor dan juga sesi penggambaran lain hujung tahun ini,” kata satu sumber.

Levi AlvesAktor Matthew McConaughey dan kekasihnya Camila Alves telah menyambut kedatangan anak pertama mereka, Levi Alves McConaughey pada 7 Julai lalu.

Pasangan ini juga tidak ketinggalan menandatangani perjanjian dengan majalah OK! seperti pasangan Hollywood yang lain.

Perjanjian bernilai AS$3 juta (RM9.8 juta) itu termasuk gambar eksklusif anak mereka yang dilahirkan di Los Angeles serta gambar bayi mereka menyambut Krismas pertama bersama keluarganya.

“Bukan itu sahaja, perjanjian itu juga merangkumi hak cipta gambar perkahwinan Matthew dan Camila jika mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin,” kata satu sumber.

Emme dan Maximilian Selepas menerima pelbagai tawaran, hak eksklusif untuk menyiarkan anak kembar Jennifer Lopez dan Marc Anthony diraih oleh majalah People dengan harga AS$6 juta (RM19.3 juta).

Anak kembar mereka yang dilahirkan pada 22 Februari lalu di Long Island, New York diberikan nama Emme Marbiel Muniz dan Maximilian (Max) David Muniz.

JENNIFER LOPEZ memilih majalah People untuk ‘menjual’ wajah anak kembarnya.

Selain menyiarkan gambar-gambar mereka sebanyak 12 muka surat, Jennifer dan Marc turut berkongsi pengalaman genting semasa melahirkan anak dan juga saat-saat bahagia selepas menyambut kedatangan dua cahaya baru dalam hidup mereka.

“Pada masa itu, jumlah AS$6 juta (RM23 juta) adalah tawaran paling tinggi. Namun, bayaran ini akan dibayar bersama oleh majalah OK! dan akan dicetak untuk edisi antarabangsa,” kata jurucakap majalah OK!.

Tidak berhenti begitu sahaja, Jennifer juga ‘menjual’ anaknya kepada stesen televisyen, TLC untuk sebuah program realiti yang turut disertainya.

Penyanyi dan aktres ini akan menjadi penerbit, pengasas dan pelakon dalam siri yang memberi fokus kepada karier seni, perniagaan fesyen serta mengenai bayi kembarnya.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan mengenai perjalanan hidup saya bersama peminat saya,” kata Jennifer.

Bagaimanapun, tarikh tayangan program ini belum diketahui.

Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: