Kisah Nurin, Sharlinie

6 Jun

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

KES pembunuhan kejam kanak-kanak tidak berdosa, Nurin Jazlin Jazimin dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar yang masih menjadi misteri sampai hari ini turut meninggalkan kesan mendalam pada pelakon dan penerbit drama, Haliza Misbun.

Malah, kata Haliza, sejak kes Nurin dan Sharlinie yang mendapat liputan meluas akhbar tempatan itu, dia juga terpanggil menghasilkan telefilem berkaitan isu kehilangan kanak-kanak, sekali gus memenuhi tanggungjawab sosialnya pada masyarakat.

“Saya mendapat idea untuk menghasilkan telefilem Kembalikan Amanda ini sejak membaca kes Nurin dan terbaru, kolum khas ‘Kembalikan Sharlinie’ yang disiarkan akhbar tempatan sejak kebelakangan ini.

“Justeru, saya berharap kisah ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat ini daripada berleluasa dan memastikan negara ini tempat selamat untuk didiami kanak-kanak,” katanya.

Selaku penerbit dan pelakon utama telefilem itu, Haliza turut berhadapan dengan cabaran untuk merealisasikan telefilem berkenaan.

“Sebanyak 98 peratus penggambaran telefilem ini dibuat pada waktu malam. Penggambaran juga bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi keesokan harinya.

“Bagi menghidupkan lagi jalan cerita, kami juga memilih lokasi Flet Pekeliling, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan saya difahamkan, lokasi penggambaran kami itu pernah berlaku kejadian bunuh diri sebelum ini.

“Ketika penggambaran telefilem ini, suasana di flet itu sunyi dan menyeramkan pada waktu malam. Maklumlah, tidak ramai penghuni yang masih tinggal di blok berkenaan kerana ramai penduduk sudah dipindahkan ke penempatan baru,” katanya.

Haliza berkata, apa yang menarik, telefilem genre seram arahan Azizi Chunk Datuk Adnan ini diselitkan elemen komedi supaya jalan ceritanya lebih seimbang. Skrip telefilem ini juga dihasilkan Sofia J Rhyland.

“Contohnya, watak Munir lakonan Cat Farish yang menjadi teman lelaki Erika dalam cerita ini yang kemunculannya pasti membuat penonton tidak berasa bosan.

“Selain itu, lakonan Sahri AF juga tidak menghampakan sebagai pelakon baru. Mungkin selama ini ramai orang kenal Sahri sebagai penyanyi tapi dalam cerita ini, Sahri membawa watak tidak disangka-sangka, lelaki yang ganas dan perogol,” katanya.

Kembalikan Amanda bermula dengan Erika yang sering diganggu kanak-kanak bernama Aisyah yang suka membuat bising dan menyanyi di tengah malam.

Disebabkan masalah kewangan yang meruncing, Erika yang juga antara lapan penghuni terakhir di Flet Pekeliling itu yang masih belum berpindah terpaksa berdepan dengan pelbagai kejadian aneh, suspens dan menyeramkan.

Namun, apa yang diceritakan Erika tidak dipercayai kekasihnya, Munir (Cat Farish). Erika terpaksa bertindak dengan menyiasat sendiri beberapa kanak-kanak yang kerap ditemuinya dalam keadaan mencurigakan bersama seorang lelaki misteri bernama Samser.

Berjayakah Erika dalam misinya menyelamatkan kanak-kanak tidak berdosa itu?

Telefilem terbitan Halle Pictures ini menampilkan lakonan mantap Haliza Misbun (Erika), Cat Farish (Munir), Samser (Sahri AF), Aisyah (Erynne Erynna yang juga pelakon filem Congkak), Sharifah Shahora (ibu Aisyah), Roslan Salleh dan Mak Jah.

Kembalikan Amanda menemui penonton saluran Astro Ria, jam 10 malam ini (Jumaat).

Powered by Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: