Semakin Ramai Lelaki Botak

7 May

Masalah botak dan rambut gugur yang menyerang golongan lelaki kini dapat diatasi. Ini kerana terdapat penemuan dan rawatan terbaru seperti produk dan proses menanam rambut.


HASIL penemuan ini bakal menggembirakan hati ramai pihak yang selama ini mencari rawatan yang sesuai. – Gambar hiasan

KETIKA duduk di klinik rawatan keguguran rambut, Pusat Belgravia berdekatan dengan stesen kereta api London Victoria, kelihatan ramai lelaki yang mengalami masalah sama sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Pelbagai ragam pesakit dapat dilihat. Di satu sudut, kelihatan seorang pemuda yang rambutnya baru sahaja tumbuh seinci. Pemuda yang lain pula walaupun jambulnya kelihatan tebal tetapi hakikatnya kepala mereka sudah hampir botak.

Ketika berada di klinik tersebut, saya menemui Johnny Harris, 25, yang menggenakan sut dan kemeja berwarna biru. Pemuda yang menggayakan rambut ala hawk itu memberitahu klinik ini diuruskan oleh keluarganya.

Sebelum berkembangnya klinik rambut ini, bapanya memulakan karier sebagai pendandan rambut, menjual rambut palsu dan seterusnya beralih ke perkhidmatan rawatan rambut gugur.

Harris memberitahu, mereka menggunakan produk khas untuk rambut gugur sejak empat tahun lalu.

Sambil itu, beliau menunjukkan foto rambutnya seperti mahkota yang mana kawasan botak berada di tengah kepala.

Namun, selepas itu Harris menunjukkan gambar rambutnya yang kembali normal dan lebat selepas menjalani beberapa rawatan di klinik tersebut.

Bukan itu sahaja, Harris turut mengeluarkan keratan akhbar yang menyatakan pakar saintis telah menemui rawatan untuk masalah rambut gugur.

Katanya, dunia semakin ajaib dengan penemuan ubat dan produk rambut.

“Prospek rawatan masalah botak semakin maju. Hasil penemuan ini bakal menggembirakan hati ramai pihak yang selama ini mencari rawatan yang sesuai.

“Kini, kami dapat menyelesaikan sembilan hingga 10 masalah keguguran rambut dan jumlah tersebut akan bertambah,” jelas Harris.

Berita mengenai rawatan masalah botak sedikit sebanyak meningkatkan penjualan surat khabar. Perkara ini diakui oleh editor surat khabar paling popular di Britain, The Sun, David Yelland.

Di sekolah, penampilan Yelland cukup menggerunkan kerana terpaksa mengenakan hud kepala untuk menutup rambut palsunya.

Namun begitu, pada suatu hari, dia mengalami insiden yang memalukan kerana rakan sekelasnya menanggalkan rambut palsunya.

Sejak itu, dia berusaha mencari rawatan rambut yang sesuai seperti meletakkan perahan jus buah lemon atau buah delima di atas kepala.

Seminggu sekali, dia akan duduk di bawah lampu yang panas dengan harapan rambutnya akan tumbuh. Cara tersebut bukan sahaja membakar kelemumur malah merawat luka di kepala.

Saya masih mengingati apabila perenang warga British, Duncan Goodhew yang berkepala botak memenangi pingat emas. Pada ketika itu, air mata saya mengalir kerana bangga apabila individu berkepala botak boleh berjaya.

Jelas Yelland lagi, masalah Duncan hanya sementara sahaja kerana akhbar New York Post melaporkan Duncan menggenakan rambut palsu bagi kepentingan penampilannya.

“Memakai rambut palsu ketika musim panas mendatangkan masalah peluh. Ia membuatkan kami kurang selesa dan berbau. Berjalan di pusat beli-belah 5th Avenue ketika angin kuat membuatkan kami terpaksa meletakkan tangan di atas kepala bagi mengelakkan rambut palsu tercabut.

“Selain itu, rambut palsu juga mencacatkan penampilan sekiranya kita memakainya dengan cara yang salah.

Terdapat beberapa orang model yang turut mengalami masalah botak. Di Hollywood contohnya, Billy Zane, Patrick Stewart dan Bruce Willis. Mereka ini kerap menjadi topik perbincangan di laman web. Orang ramai sentiasa meneka siapakah aktor yang seharusnya memakai rambut palsu atau menanam rambut.

Ahli politik British, Mark Oaten memberitahu kekerapannya menyewa rambut palsu sedikit sebanyak mendatangkan krisis dalam kehidupan seperti merosakkan kariernya. Beliau juga berpendapat jarang golongan yang berkepala botak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Namun begitu, berkepala botak masih boleh diterima oleh masyarakat. Tetapi, bagi kaum wanita, situasi ini dipandang rendah, contohnya selebriti antarabangsa Britney Spears yang membotakkan kepalanya. Dia mendapat tentangan hebat.

Sementara itu, penulis psikologi Dr. Pam Spurr menulis dalam bukunya The Dating Survival Guide, kebanyakan lelaki menyatakan masalah botak menyebabkan gaya maskulin mereka terjejas.

Situasi ini menyebabkan kaum lelaki sentiasa berhias sehingga kadangkala mencacatkan penampilan diri.

“Perlu diketahui, rambut juga memainkan peranan penting buat lelaki. Setiap kali masuk ke dalam bilik, lelaki akan melihat cermin untuk melihat rambut,” ujar Pam Spurr.

Di United Kingdom, hanya dua rawatan rambut gugur mendapat kelulusan, antaranya ialah produk Minoxidil yang dijual di bawah Regaine iaitu jenama kelolaan Pfizer. Ia telah diuji pada pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi pada tahun 1970.

Sementara itu, bagi pesakit tekanan darah rendah, produk itu juga membantu menumbuhkan rambut.

Pengurus Pemasaran Kumpulan, Darius Hughes berkata, produk itu telah diuji kepada 6,000 orang lelaki. Hasilnya lapan daripada 10 kes keguguran rambut dapat dikawal manakala enam daripada 10 kes pula memiliki rambut yang baru.

Meskipun hampir lapan juta lelaki di Britain terseksa disebabkan masalah keguguran rambut, Pfizer mendapati penjualan GBP6m meningkat sebanyak empat peratus sejak tiga tahun lalu.

“Kesedaran terhadap rawatan amat sedikit kerana orang ramai masih skeptikal,” kata Hughes.

Satu lagi rawatan yang diluluskan di Britain ialah pil yang dimakan setiap hari. Jenama Propecia itu dikeluarkan oleh Merck. Selepas tiga bulan menggunakan produk itu barulah nampak hasil.

“Namun, sekiranya penggunaannya dihentikan maka rambut akan kembali gugur,” katanya.

Sara Coakley dari Agensi Perubatan dan Pengurusan Produk Kesihatan, meluluskan kedua-dua jenama Monoxidil dan Propecia tersebut.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan produk, orang ramai disarankan melakukan proses menanam rambut atau memakai rambut palsu. – Guardian

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: