Tolak Institusi Perkahwinan?

3 Apr


KELUARGA bahagia Brad Pitt dan Angelina Jolie sering menjadi sasaran kamera jurugambar di mana sahaja mereka berada.

Budaya mengandung dan melahirkan anak sebelum berkahwin hari ini bukan lagi menjadi satu isu aneh bagi golongan artis di Hollywood.

Bukan mereka tidak mahu beranak selepas berkahwin tetapi engkar kepada apa yang dinamakan perkahwinan. Pun begitu, dalam masa yang sama mereka mahu mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.

Ada yang sudah serik dengan alam perkahwinan dan ramai pula tidak lagi mempercayai ikatan suci ini.

Maka ramai di antara mereka memilih untuk kekal sebagai pasangan hidup tanpa ikatan rasmi. Peliknya dalam masa yang sama mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa, sama seperti pasangan lain.

Pada mereka hubungan sebegini kekal lebih lama dan lebih ‘bahagia’. Mereka tidak kisah anak yang dilahirkan tidak memiliki ibu bapa ‘sah’ dan senario ini bukan lagi hal yang tabu di kalangan artis-artis Hollywood.

Minggu ini, ikuti beberapa kisah buruk pasangan selebriti Hollywood yang belum berkahwin tetapi sudah memiliki anak bersama.

Brangelina mahu ramai anak Semuanya bermula pada awal tahun 2005 apabila Angelina Jolie dituduh menjadi orang ketiga yang menyebabkan penceraian Brad Pitt dan Jennifer Aniston. Tuduhan skandal itu bermula semasa mereka berdua menjalankan penggambaran filem Mr. & Mrs. Smith.

Namun, Angelina, 32, menafikan pertuduhan itu dalam beberapa temu bual dan menyatakan, “Untuk bermesra dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin, saya tidak dapat melakukannya. Apabila ayah saya sendiri menipu ibu saya, ia bukan sesuatu yang saya boleh maafkan. Saya tidak akan tertarik dengan lelaki yang akan menipu isterinya.”

Spekulasi itu berterusan terutamanya apabila gambar Brad, Angelina serta Maddox dirakamkan semasa mereka bercuti di Kenya pada April 2005, iaitu sebulan selepas Jennifer failkan penceraian.

Dilabelkan sebagai pasangan Brangelina oleh media, segala pertanyaan mengenai hubungan antara Angelina dan Brad terungkai pada 11 Januari 2006.

“Saya sedang mengandungkan anak pertama dengan Brad,” katanya kepada majalah People.

Ini secara langsung telah mengesahkan hubungan mereka di khalayak ramai dan anak pertama mereka, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt dilahirkan 27 Mei 2006 di Swakopmund, Namibia.

Angelina yang kini sedang sarat mengandung anak kedua juga mempunyai tiga anak angkat. Anak angkat pertamanya, Maddox Chivan Jolie-Pitt. Anak comel itu dilahirkan pada 5 Ogos 2001 di Kemboja dan diambil semasa dia menjalankan penggambaran filem Tomb Raider.

Dia kemudian mengambil seorang lagi anak angkat bersama Brad dari Ethiopia, Zahara Marley Jolie-Pitt yang lahir pada 8 Januari 2005. Menambahkan koleksi anak, Angelina mengambil lagi seorang anak angkat dari Vietnam, Pax Thien Jolie-Pitt yang lahir pada 29 November 2003.

“Kalau boleh kami inginkan anak lagi. Kami mahu menubuhkan satu pasukan bola sepak,” kata Angelina pada satu temu bual bersama saluran E! Entertainment.

Angelina sebelum ini pernah berkahwin dengan Johnny Lee Miller pada Mac 1996 dan bercerai pada Februari 1999. Dia kemudian berkahwin dengan aktor, Billy Bob Thornton pada tahun 2000 dan bercerai pada Mei 2003.

Mungkin kegagalan perkahwinan mereka sebelum ini menjadikan baik Angelina dan Brad Pitt tidak lagi percaya kepada institusi perkahwinan.


JOHNNY DEPP dan keluarganya.

Perjalanan menyeronokkanseorang ayah Berkahwin dengan Lori Anne Allison pada Disember 1983 dan bercerai pada 1985, Johnny Depp, 44, kemudian bertunang dengan Sherilyn Fenn. Jejaka ‘kegilaan’ ramai ini juga pernah dikaitkan dengan aktres Winona Ryder, Jennifer Grey serta model, Kate Moss.

Namun, figura yang sering kali bertukar teman ini berjaya menemui pasangan hidupnya, Vanessa Paradis semasa menjalankan penggambaran The Ninth Gate.

Aktres kelahiran Perancis ini yang hidup bersama Johnny sejak tahun 1998 melahirkan dua anak bersamanya. Anak pertama, Lily-Rose Melody Depp dilahirkan pada 27 Mei 1999. Manakala anak keduanya, John Jack Christopher Depp III menjadi ahli keluarga ini pada 9 April 2002.

Walaupun Johnny tidak berkahwin semula semenjak bercerai, dia memberitahu dengan memiliki anak memberikan dia satu asas yang lebih kukuh.

“Saya menjadi lebih kuat dari segi kehidupan, kerjaya dan segala-galanya. Menjadi ayah bukan satu pilihan tetapi sebahagian daripada perjalanan yang menyeronokkan. Mereka adalah jodoh dan destinasi saya,” kata Johnny.

Namun, pasangan ini dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi apabila Johnny melamar Vanessa, Oktober lalu.


HALLE BERRY

Halle tidak percaya perkahwinanBerdepan dengan dua perkahwinan yang gagal mungkin menjadi penyebab mengapa Halle Berry, 41, memilih untuk melahirkan anak tanpa berkahwin. Halle melahirkan anak perempuan, Nahla Ariela Aubry pada 16 Mac lalu di Los Angeles.

Teman lelakinya, Gabriel Aubry yang merupakan ayah kepada anak itu bertemu Halle pada tahun 2005 semasa mereka menjalani sesi rakaman gambar Versace.

Sebelum Halle mengandung, dia pernah memberitahu niatnya untuk mengambil anak angkat. “Saya akan mengambil anak angkat jika tidak mengandung. Dan saya mungkin akan mengambil anak angkat juga jika mengandung.

“Namun, saya tidak mahu berkahwin sekali lagi. Apa yang boleh saya katakan adalah wanita tidak pandai memilih lelaki. Dan saya juga tidak mahu menjadi isteri orang lagi.”

Halle mengesahkan bahawa dia sedang mengandung pada September 2007 dan mengupah pengawal peribadi kerana menerima ugutan yang berbaur keganasan.

“Gabriel adalah lelaki yang baik dan saya gembira kerana bertemu dengan seseorang yang istimewa dan melahirkan anak untuk dia. Saya berharap untuk melahirkan anak kedua dengannya,” kata Halle.

Aktres ini pernah berkahwin dengan David Justice pada tahun 1992 dan bercerai pada 1996. Perkahwinan kedua Halle berlangsung pada 2001 dengan pemuzik Eric Benet dan berpisah pada 2003.


NICOLE RICHIE mampu jadi ibu yang baik.

Anak pengubah hidup Nicole Dikelilingi dengan pelbagai masalah sosial sejak kecil termasuk dadah dan anoreksia, hidup Nicole Richie berubah apabila dia mula bercinta dengan Joel Madden yang merupakan anggota kumpulan Good Charlotte. Lelaki itu juga pernah menjadi kekasih kepada Hilary Duff.

Pada 31 Julai 2007, Nicole mengumumkan bahawa dia sedang mengandungkan anak Joel dan melahirkan Harlow Winter Kate Madden pada 11 Januari 2008.

“Dia (Harlow) memberikan makna dan tujuan baru dalam kehidupan saya. Kini saya sudah bersedia untuk ‘meninggalkan’ zaman lampau saya yang ‘gila’,” kata Nicole kepada majalah People.

Nicole pernah bertunang dengan Adam Goldstein selama sembilan bulan pada tahun 2005. Dia juga sering dikaitkan dengan Brody Jenner.


JESSICA Alba suka lelaki berusia.

Jessica mahu anak perempuanSentiasa menyukai lelaki berusia kerana berpendapat mereka lebih matang, Jessica Alba pernah bertunang dengan Michael Weatherly yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.

Kini Jessica merupakan tunang kepada Cash Warren, mereka bertemu semasa penggambaran filem Fantastic Four pada tahun 2004 dan sedang mengandungkan anak pertama mereka.

“Saya lebih sukakan anak perempuan apabila berbincang mengenai anak. Saya selalu dikelilingi oleh kanak-kanak sepanjang umur saya kerana saya adalah yang paling tua di kalangan keluarga saya.

“Sebenarnya saya mula menukar lampin semasa berusia enam tahun dan tidak sabar menanti kedatangan anak saya,” kata Jessica.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: