Noor Khiriah Kahwin Dua Minggu Selepas Raya

12 Oct

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

NOOR KHIRIAH.

SIAPA yang tidak teruja menantikan saat disatukan. Berdebar, takut dan gembira pastinya menghampiri sesiapa sahaja yang bakal jadi raja sehari.

Itulah juga yang dialami oleh pelakon kecil molek, Noor Khiriah, 30. Pelakon ini bakal melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya, Azfaizul Ahtan setelah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu.

Biarpun agak malu-malu untuk bercerita mengenai perkahwinannya tetapi Noor Khiriah tetap bersikap terbuka.

ΐInsya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan dua minggu selepas raya. Ia akan diadakan di Raub, Pahang. Kalau nak bercerita tentang persiapan perkahwinan saya, semuanya dalam keadaan yang sederhana saja.

ΐTapi raya kali ini berbeza sikit. Sebab kalau sebelum ini saya utamakan persiapan raya, untuk kali ini saya lebih mengutamakan persiapan perkahwinan,῔ kata pelakon yang telah membintangi beberapa buah filem antaranya Setan, Susuk, Los dan Faun serta Mukhsin.

Menyingkap perkenalannya dengan bakal suami tersayang, sambil tersenyum malu Khiriah berkata, ΐPerkenalan kami bermula pada bulan puasa tahun lepas. Ia diatur oleh kawan saya sendiri. Saya sendiri tak menyangka pertemuan tersebut akhirnya membuahkan satu ikatan yang berkekalan. Sebab saya menerima dirinya setelah tiga tahun saya bersendirian,῔ cerita Khiriah.

*Rezeki selepas kahwin

Biarpun telah berpuluh drama dilakonkan oleh Khiriah namun namanya tidaklah begitu popular. Malah ada peminat drama sendiri seakan-akan tidak mengenalinya.

Tetapi rata-rata lakonannya sering dipuji dan tidak keterlaluan jika dikatakan Khiriah berbakat dan mampu pergi jauh.

Cuma yang menjadi tanda tanya mengapa namanya tidak sepopular artis lain?

ΐEntahlah… susah nak cakap. Mungkin belum rezeki lagi untuk saya dikenali. Sedangkan saya sudah mula berlakon secara serius sejak tahun 2001 lagi.

ΐSaya sendiri tidak tahu di mana silapnya tetapi mungkin kerana saya sering membawa watak yang tidak mencabar. Saya selalu melakonkan watak yang hampir sama sebab ramai yang mengatakan saya ini kecil, jadi banyak watak yang tidak boleh saya bawa,῔ katanya.

Menurut Khiriah, apa yang diharapkannya kini ialah peluang untuk membuktikan dirinya seorang pelakon yang berbakat dan mampu pergi jauh.

Justeru, peluang berlakon bersama Rosyam Nor untuk telemovie raya berjudul Nek Kiah yang akan ditayangkan pada Hari Raya kelima di RTM1 diharap membuka mata banyak pihak yang sering memperkecilkan kemampuannya.

ΐMemang dah lama saya impikan untuk berlakon bersama abang Rosyam. Mungkin ini satu peluang untuk saya membuktikan kemampuan saya,῔ kata Khiriah yang berharap dapat membawa watak perempuan gatal.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: