Fasha Sandha Ingin Watak Jahat

2 Feb

Oleh Nor Fadzilah Baharudin


Fasha Sandha.

GADIS jelita ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja nama Fasha Sandha pasti ramai terbayangkan wataknya sebagai Natasha melalui drama bersiri Natasha yang disiarkan setiap Selasa pukul 9.00 malam di TV3.

Dalam Natasha, Fasha memainkan watak gadis lemah lembut yang malang. Sejak melibatkan diri dalam dunia lakonan, Fasha sering saja diberikan watak orang baik-baik. Tetapi jangan tak tahu Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan sebenarnya mendambakan watak seorang perempuan gila atau wanita jahat.

“Sehingga hari ini saya masih belum berpeluang membawakan watak-watak sedemikian. Mungkin di Malaysia watak tersebut masih kurang dan belum ada lagi.

“Watak Julliete Lewis dalam Nature Born Killers sangat saya kagumi. Kalau boleh membawa watak macam itu, ia memang saya nanti-nantikan. Saya mahukan watak yang nampak cantik di luar tetapi di dalam psiko.

“Atau watak penggoda macam watak Sofia Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan …,” kata Fasha yang telah membintangi lebih 10 drama antaranya Usia, Songket Cinta Bertemu Duka, Kasih Relaku Pujuk dan Dengan Nama Cinta.

Memulakan kerjaya sebagai model iklan komersial, Fasha kini sibuk menjalani penggambaran filem Cinta terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) arahan Kabir Bhatia. Ini merupakan filem kesepuluh lakonan Fasha.

Dalam filem itu dia membawa watak Azura, seorang pekerja di sebuah kedai buku yang jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya dan muda. Tapi percintaan itu terhalang lalu timbul beberapa konflik.

“Penggambaran telah bermula sekitar minggu lepas. Alhamdulillah saya seronok bekerja bersama Kabir dan pelakon-pelakon lain. Insya-Allah penggambaran akan berakhir pada bulan depan,” kata gadis jelita ini.

Dalam pada itu, Fasha yang sedang menanti tayangan filem Bujang Senang, Cicakman, Nana Tanjung dan Gong berkata, “Saya teringin bekerja di bawah arahan U-Wei, Suhaimi Baba dan ramai lagi.

“Sehingga ke hari ini saya telah bekerjasama dengan beberapa pengarah antaranya A. Razak Mohaideen, Aziz M. Osman, Bade, Osman Ali dan Kabir, jadi saya teringin meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya.”

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: